Alhamdulillah, 26 Ogos 2008 ni genap setahun penubuhan Thaumaturgy Photography. Walaupun masih merangkak, kami sangat berpuas hati dengan apa yang ada pada kami pada masa ini. Segala pengalaman dan pengetahuan yang kami kutip sepanjang jalan ini sangat berharga bagi kami. Kami berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang memberi peluang kepada pendatang baru seperti kami. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang yakin dan percayakan kami. Budi kalian semua akan cuba kami balas sebaik mungkin.